Pada permulaan kuliah Cik Azura menerangkan tentang bab pertama. Komunikasi didefinisikan sebagai proses menyampaikan maklumat oleh seorang pengirim kepada penerima dengan tujuan kebaikan bersama. Teknologi peralatan yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja dengan mudah dan senang. Teknologi komunikasi pula ialah merangkumi lima deria dan memudahkan pencarian maklumat. Kelebihan media cetak ialah mudah dibaca, senang diperoleh, memudahkan berita banyak dan boleh disimpan sebagai rujukan. Kelemahan media cetak ialah mengeluarkan berita lambat dan lebih berfokus pada satu bidang sahaja. Kelebihan media digital ialah lebih menarik dan senang difahami. Kelemahan media ialah mahal, memerlukan kos yang tinggi, berita yang ringkas sahaja dan senang dipengaruhi. Seterusnya Cik Azura suruh kami membahagikan kumpulan untuk group assignment iaitu ahli kumpulannya terdiri daripada 5-6 orang dan ahli kumpulannya mestilah terdiri daripada melayu, india dan cina..terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan