Rabu, 22 Julai 2009
kuliah 3
kuliah hari membincangkan ttg 4 era iaitu era kom penulisan,percetakan,telekomunikasi dan komunikasi interaktif. era komunikasi penulisan terbahagi kpd 3 iaitu kom mlli suara, simbol dan abjad. era percetakan pula diperkemalan oleh johannes guttenberg. era ini meningkatkan keberkesanan menyalin manuskip. era ke-3 ialah telekomunikasi. gendang dan isyarat asap digunakan untuk menghantar isyarat.dalam era ini kita dapat membelajari mengenai tokoh dan asal- usul teknologi -telegraf,mesin telegraf, fonograf, telefon dan telegraf tanpa wayar-radio. era terakhir ialah era komunikasi interaktif terbahagi kepada fotografi,televisyen,gambar bergerak dan komputer. akhirnya peranan teknologi komunikasi banyak memberi perubahan dalam pendidikan, ekonomi,interaksi sosial, ketenteraan,penyiaran,penerbitan dan percetakan....pada akhir kuliah hari ini cik azura tolong kami untuk menentukan journal yang betul untuk assignment..terima kasih
Selasa, 21 Julai 2009
@kuliah 2@
Pada permulaan kuliah Cik Azura menerangkan tentang bab pertama. Komunikasi didefinisikan sebagai proses menyampaikan maklumat oleh seorang pengirim kepada penerima dengan tujuan kebaikan bersama. Teknologi peralatan yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja dengan mudah dan senang. Teknologi komunikasi pula ialah merangkumi lima deria dan memudahkan pencarian maklumat. Kelebihan media cetak ialah mudah dibaca, senang diperoleh, memudahkan berita banyak dan boleh disimpan sebagai rujukan. Kelemahan media cetak ialah mengeluarkan berita lambat dan lebih berfokus pada satu bidang sahaja. Kelebihan media digital ialah lebih menarik dan senang difahami. Kelemahan media ialah mahal, memerlukan kos yang tinggi, berita yang ringkas sahaja dan senang dipengaruhi. Seterusnya Cik Azura suruh kami membahagikan kumpulan untuk group assignment iaitu ahli kumpulannya terdiri daripada 5-6 orang dan ahli kumpulannya mestilah terdiri daripada melayu, india dan cina..terima kasih.
Jumaat, 10 Julai 2009
kenali rakan sekelas
Dalam kuliah hari nie, secara permulaan kuliah pensyarah memberi penerangan tentang subject ini.. after that pensyarah mengadakan satu aktiviti dalam class iaitu "aktiviti kenali rakan sekelas".. Miss Azura membahagikan kami dalam 5 group...Pembahagian kumpulan ini adalah bertujuan untuk mengenali rakan sekelas kami dengan lebih rapat lagi.. Soalan-soalan yang kami harus tanya pada ahli kumpulan kami ialah nama, tempat menarik yang pernah dikunjungi, cita-cita, hobi dan warna kegemaran... Melalui aktiviti ini saya dapat mengenali ramai pelajar yang berlainan bangsa, umur dan hometown...Dalam class ini juga terdapat ramai senior n junior.. Dalam aktiviti ini juga saya dapat mengenali ramai junior.. class ini sangat enjoyable n menarik.. Nite class biasanya kan mengantuk n boring tapi class ni x macam tu... thank you
Langgan:
Catatan (Atom)